KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Akibat 'Melatah', Amy Mastura Dan Suria FM Didenda RM10 Ribu

loading...


Gara-gara latah dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan, penyanyi Amy Mastura dan stesen radio Suria FM didenda RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM).

Media tempatan melaporkan, denda tersebut telah dijelaskan pada 23 Februari lalu oleh pihak stesen radio swasta berbahasa Melayu berkenaan.

Suria FM turut menafikan laporan berhubung stesen radio tersebut dikatakan didenda RM50,000 seperti yang tular dihebohkan sebelum ini.

Pengurus besar program Suria FM, Subarma Mokhtaruddin berkata, pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan lebih berhati-hati supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

"Jumlah denda adalah RM10,000 bukannya RM50,000 seperti yang didakwa dan kami terkejut apabila perkara ini dibangkitkan sedangkan ia telah diselesaikan,” katanya.

Denda tersebut dikenakan susulan tindakan penyanyi Amy Mastura yang terkenal sebagai kaki latah telah mencarut dalam program 'Suria Pagi' secara langsung tahun lalu.

Oleh kerana penyampai yang terlalu ghairah mengusik Amy, tanpa disangka Amy Mastura melatah dengan ayat carutan, "Oh p**** kau meletup, p***, p**** hantu."

Program itu dikendalikan penyampai radio popular, Halim Othman, Zulin Aziz dan Fizi Ali. Sementara itu Amy Mastura, yang hits dengan lagu Sha Na Na, berkata beliau tidak tahu-menahu tentang denda itu dan enggan memperbesarkan isu tersebut.


loading...