KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Lima kes pembunuhan paling Kejam dalam sejarah Malaysia .. no 4 paling jadi tumpuan (8Gambar)

loading...
Kes-kes pembunuhan kejam seringkali berlaku di seluruh dunia. Mangsanya tidak mengenal siapa dan peringkat umur malah tidak juga mengenal tempat dan masa. Banyak faktor yang menyumbang kepada kes-kes seumpama ini namun kebanyakannya dilakukan dengan niat yang tersendiri.
Perkara yang sama turut berlaku di Malaysia. Menerusi artikel ini, pihak editorial menyenaraikan 9 pembunuhan paling kejam yang pernah berlaku di Malaysia dan sehingga kini menjadi buah mulut masyarakat.

1. Pembunuhan Datuk Mazlan Idris (23 Julai 1993)
Ini merupakan kes yang paling diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. Pada tanggal 23 Julai 1993, Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang pada ketika itu ADUN Batu Talam telah dibunuh dengan kejam oleh Mona Fendy, suaminya, Nor Affandy Abdul Rahman dan pembantunya, Juraimi Hassan. Mayat Allahyarham ditemui di dalam sebuah lubang dengan dikerat kepada 18 bahagian.
Pembunuhan ini bermula apabila Mona dan suaminya menawarkan Allahyarham untuk membayar RM500 ribu kepada mereka berdua untuk memiliki azimat dan tongkat yang didakwa sakti dan mampu memberikan kekayaan kepada pemiliknya. Tongkat berkenaan didakwa Mona adalah milik bekas Presiden Indonesia, Sukarno. Pada hari kejadian, mangsa telah dibawa kesebuah rumah sebelum dibunuh dan dilapah dan ditanam di sebuah lubang.
Kes ini mendapat liputan luar biasa pada waktu itu dan keesemua suspek telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas jenayah yang dilakukan.
2. Pembunuhan Norrita Samsuddin (25 Disember 2003)
Ini adalah kes yang masih kekal menjadi misteri sehingga hari ini. Ini kerana, pembunuh sebenar dalam kes ini masih belum terungkai walaupun seorang Jurutera Awam, Hanif Basree Abdul Rahman telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh bekas Pegawai Eksekutif Perakaunan dan model sambilan ini.
Mayat Norrita ditemui dalam keadaan mengaibkan dengan tangan dan kakinya diikat dengan seutas wayar. Lebih mengaibkan, mulutnya disumbat dengan kain serta ditemui dalam keadaan bogel. Menurut laporan forensik, hasil bedah siasat mendapati, terdapat takungan air mani yang banyak di kemaluan mangsa dan ini menyebabkan pihak berkuasa yakin, Norrita berkemungkinan maut akibat penderaan seksual secara beramai-ramai.
Dalam kes ini, Hanif dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti yang mampu mengaitkannya. Menariknya, semua 7 suspek yang ditahan berkaitan kes ini juga di bebaskan kerana kekurangan bukti. Ini menjadikan kes ini kekal misteri sehingga kini.
3. Pembunuhan Canny Ong (18 Jun 2003)
Siapa menyangka, seorang Penganalisis Teknologi Maklumat, Canny ong menemui ajalnya secara tragis di tapak pembinaan Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) di Petaling Jaya pada 17 Jun 2003. Canny didakwa di culik pada 13 Jun di kawasan meletak kereta di sebuah pusat membeli belah di Bangsar sebelum dirogol, dibunuh dan dibakar oleh seorang pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris.
Menurut fakta kes, Najib telah menculik Canny dan membawanya lari dengan menggunakan sebuah kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871. Dia kemudiannya merogol Canny sebanyak 3 kali sebelum dijerut dan di bakar di sebuah lubang pembentung. Semasa ditemui, mayat Canny 100 peratus rentung dengan tangannya bersilang di dada dan kakinya terjuntai ke luar.
4. Pembunuhan Altantuya Shariibuu (27 November 2006)
Keheningan Mukim Bukit Raja di Selangor pada tarikh berkenaan dikejutkan dengan satu dentuman yang tidak disangka-sangka. Pda detik inilah, seorang model sambilan dari Mongolia, Altantuya Shariibuu menemui ajal akibat diletupkan dengan sejenis bahan letupan.
Menurut laporan forensik, mayat Altantuya ditemui dalam keadaan cukup mengerikan di mana cebisan daging-daging mayat ditemui berselerakan di Hutan Simpan Puncak Alam, berhampiran Empangan Tasik Subang. Kesan letupan jenis C4 turut ditemui di lokasi kejadian dan ini disahkan sendiri oleh pihak forensik dengan tujuan untuk menghapuskan bukti.
Kes ini menjadi perhatian rakyat Malaysia kerana kekejaman pembunuhan berkenaan. Dalam kes ini, 3 orang suspek telah diberkas iaitu Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC) Abdul Razak Abdullah Baginda dan dua orang anggota polis Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.
Namun begitu, Abdul Razak telah dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti. Manakala nasib berbeza menimpa Azilah dan Sirul apabila mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka. Apa yang menariknya, kes ini dijadikan bahan politik untuk menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib walaupun langsung tiada sebarang bukti untuk mengaitkan beliau dengan kes ini.
5. Pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin (30 Ogos 2007)
Ini adalah salah satu kes yang masih tergantung dan kekal misteri sehingga kini. Mayat Nurin Jazlin yang pada ketika itu berumur 8 tahun ditemui di dalam sebuah beg sukan ditinggalkan disebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati, Nurin Jazlin telah menjadi mangsa penderaan seksual melampau dan seterusnya membawa kepada kematian Nurin.
Sehingga hari ini, pembunuh sebenar masih belum dapat ditangkap walaupun “photofit” pembunuh berkenaan telah disebarkan keseluruh Malaysia. Kes ini menjadi fenomena sehingga kini kerana kesemua ibu bapa begitu bimbang nasib anak mereka akan sama seperti nasib yang menimpa Nurin.
Itu lah antara 5 kes pembuhanan antara yang paling kejam pernah berlaku dinegara kita yang mana perbicaraan kes ini memakan masa yang lama bagi menjatuhkan hukum kepada yang bersalah.

loading...