KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Ammar Titan

loading...

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Ammar Titan
Tahniah kepada ahli kumpulan Titan, iaitu Azizul Ammar Abu Hassan atau Ammar Titan, 30, dan NurAmalina Jamil, 28, akhirnya sudah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz sahaja. Setelah tiga tahun selepas pasangan ini putus tunang,
Pasangan pengantin baru itu telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Haji Jamil Shamsudin pada 9.45 pada sabtu 01 April 2017. Majlis yang  disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Raudhotul Jannah, Kampung Sungai Buah, Ustaz Muhammad Nadzri Ismail. Majlis juga turut dimeriahkan dengan  kehadiran ahli keluarga , sanak saudara dan rakan-rakan terdekat serta rakan -rakan artis seperti Issey Titan. Elfira Loy, dan ramai lagi.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM3,000 dan wang hantaran berjumlah RM10,000. Majlis resepsi juga telah berlangsung pada hari yang sama dan diadakan sederhana namun tetap cukup meriah.
Nur Amalina Jamil kelihatan cukup ayu semasa majlis permikahannya yang dimana dia mengenakan busana serba putih sedondon dengan Ammar , manakala semasa majlis resepsi pula pasangan pengantin yang sweet ini kelihatan begitu segak dan jelita ketika mengenakan busana pengantin songket berwarna biru tua.
Menurut Ammar, dia amat  bersyukur kerana bekas tunangnya itu menerima lamarannya.
“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan majlis berjalan dengan lancar. Insya-Allah saya akan menjadi suami terbaik untuknya.
“Inilah yang dinamakan jodoh. Selepas putus tunang tiga tahun lalu, kami masih berkawan baik. Hubungan itu akhirnya membawa kami ke jinjang pelamin,” katanya.
Sweet je kan , jadi mari RP kongsikan beberapa Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Ammar Titan untuk anda;
Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Ammar Titan

ammar titan nikah


loading...