Penyanyi itu memuat naik gambar hadiah itu di laman sosial Instagramnya beserta dengan nota pesanan yang ditinggalkan buat Nora.

SAYU !! Terima kasih kerana menjadi isteri, kekasih, ibu yang mithali .. Hadiah buat nora dari suami 7 tahun lalu (3 Gambar) 


"Assalamualaikum buat isteriku yang dikasihi. Semoga Allah menemukan kita di syurga InshaAllah.


"Terima kasih kerana menjadi isteri, kekasih dan ibu yang mithali," kata nota yang ditulis pada 24 April 2010.
Nora menerusi akaunnya juga menyifatkan hadiah tersebut sebagai antara yang paling bermakna bagi dirinya.
"Seminggu sudah berlalu, keperitan sukar digambarkan. Allah sahaja yang tahu," katanya.
Komposer itu meninggal dunia pada 24 Mac lalu pada pukul 6.30 pagi di Ramsay Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya, Selangor kerana sakit jantung.