KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Kenyataan Balas Mengejutkan Najip Ali Selepas Dituntut Minta Maaf Persenda PM Najib Razak

loading...


Susulan kontroversi penyiaran rancangan hiburan Singapura yang didakwa mempersendakan Datuk Seri Najib Tun Razak, pengacara terkenal Najip Ali tampil dengan kenyataan balas memohon maaf kepada Perdana Menteri. 



Menerusi kenyataan pada awal pagi Rabu, Najip yang sering terlibat dalam pelbagai program hiburan di negara ini mengakui tidak sensitif apabila secara terbuka menjadikan pemimpin nombor satu Malaysia sebagai bahan jenaka.

“Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan (tidak) berhati perut. Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya,” katanya.

Sejak Selasa, pelbagai pihak termasuk netizen dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengecam tindakan stesen Mediacorp 5 milik Temasek Holdings berikutan penyiaran rancangan hiburan OK Chope di negara itu.

Najip yang kini berulang-alik ke Malaysia kerana menjadi juri tetap program Maharaja Lawak Mega terbitan Astro merupakan salah seorang selebriti yang terlibat dalam rancangan OK Chope.

Menerusi rancangan itu, pesertanya diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams… for treating Malaysia progress”.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’.

Sementara itu Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan Mediacorp, Debra Soon berkata, pihaknya turut mengakui kesilapan berkenaan.

“Oleh itu kami telah menarik balik siaran ulangan episod berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

“Kami memohon maaf berikutan kesilapan ini,” katanya. 

Kredit foto: Utusan Online


Sumber asal: Mstar

loading...