KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Persenda Najib Razak, Seniman Tuntut Stesyen TV Singapura Mohon Maaf

loading...

tvsingapurapersendanajib


Kredit foto: mStar Online


Tindakan sebuah rancangan televisyen di Singapura yang dilaporkan mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan ketidakpuasanhati rakyat negara ini.


Oleh itu, Hafiz Nafiah selaku Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia telah bertindak untuk menuntut stesen televisyen terbabit, Mediacorp 5 milik Temasek Holdings untuk membuat permohonan maaf kerana menyiarkan rancangan hiburan berkenaan yang berjudul 'OK Chope! '.


Seniman mendesak penerbit rancangan OK Chope! meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia di atas keceluparan ini.


Jika tidak, kami akan mengetuai usaha untuk mengharamkan artis-artis biadab berkenaan daripada terus berkarya di Malaysia.


Seniman juga akan mengambil beberapa langkah lain jika permohonan maaf secara bertulis dan rakaman tidak dilakukan.

Sumber: mStar Online


Menerusi episod ke-26 rancangan itu, beberapa selebriti negara itu termasuk pengacara terkemuka serta juri Maharaja Lawak Mega, Najip Ali dilihat menjadikan Najib sebagai bahan lawak secara sengaja.


Episod tersebut mengkehendaki pesertanya melengkapkan tajuk berita yang berbunyi “Najib slams… for treating Malaysia progress” dengan menjadikan perkataan asal yang tertinggal ialah 'fake news'.


Menurut Hafiz lagi, tindakan itu dianggap keterlaluan kerana boleh menjejaskan hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua buah negara yang terlibat.


Sehubungan dengan itu, sebuah laporan polis akan dibuat oleh pihak Seniman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Jumaat ini berhubung perkara tersebut.

loading...